Halaman

Selasa, 6 September 2011

POST-MORTEM JADI KEMESTIAN


Gerak kerja PERPPIS, sama ada yang bersifat rutin bulanan,tahunan dan juga gerak kerja semasa perlu dibuat penilaian atau post-mortem. Post- mortem atau muhasabah perlu dibuat secara bertulis untuk tujuan penambahbaikan dan rujukan pada masa akan datang.

Berikut dicatatkan beberapa etika untuk melaksanakan post-mortem sesuatu aktiviti atau program untuk tujuan pemurnian gerak kerja PERPPIS.

1. Post-mortem perlu dibuat dalam jangka masa 7 hari selepas sesuatu program berlangsung.Supaya memori program masih segar dalam ingatan.

2. Perlu diingat post-mortem bukan tempat untuk meluahkan perasaan semata-mata.

3. Post-mortem bukan medan untuk memperlihatkan kesilapan orang atau pihak lain,atau ingin mencari salah orang.

4. Butiran post-mortem mesti dicatat dengan jelas.

5. Post-mortem bukan hanya menyebut atau menyatakan kelemahan atau kesilapan semata-mata.

6. Tiga aspek yang perlu diberi penekanan ketika post-mortem dibuat.
a. Kekuatan program
b. Kelemahan program
c. Cadangan penambahbaikan progam

7. Melaksanakan post-mortem jangan mengambil masa yang terlalu panjang.( 45 minit-60 minit sudah memadai)

8. Bagi menjimatkan masa,semua yang terlibat dalam post-mortem perlu membuat catatan peribadi lebih awal.”Hindari datang dengan otak kosong.

Saya mengharap semua petugas dan pimpinan PERPPIS dapat mengamalkan etika post-moterm ini bagi melonjakan gerak kerja yang lebih kemas dan berkualiti. Semoga Allah s.w.t. sentiasa merahmati kepimpinan kalian. Teruskan perjuangan. Ikhlaskan niat kalian dalam tindakan, moga-moga mendapat reda Ilahi.


Sekian wassalam
12.10.2009 / 23 Syawal 1430h
10.00 malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...